Thursday 18 September 2014

Undang-undang Melaka



Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Darat / Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah.

Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana – memudahkan pentadbiran. Ini termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa istana, pakaian kuning dll.

Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contoh: hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah sultan dan membunuh tanpa kebenaran sultan – untuk menjamin keamanan Melaka.

Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan, Temenggung menangkap pesalah dan mendirikan penjara.

Menjadikan hukum syarak sebagai panduan – semua bentuk peraturan berdasarkan ajaran Islam – selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang utama di nusantara.

Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil : menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba. Contoh jenayah: merujuk terhadap kesalahan jenayah – mencuri, merompak dll.

Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yang berpangkat tinggi daripada pelakunya.

Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.

Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

PREPARED BY: JOANA ANGEL MARUBIN

No comments:

Post a Comment