Thursday 18 September 2014

Undang-undang Hukum Kanun Melaka


 Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang islam dan dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka dan Risalat Hukum kanun(dalam bahasa arab).ia juga merupakan dokumen yang digubal sebagai panduan bagi menjalankan pemerintahan.Hukum kanun melaka ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hukum adat dan Hukum syarak.

Ciri-ciri penting atau kandungan Hukum kanun melaka


  • Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar.
  • Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat.
  • Hukuman terhadap kesalahan jenayah
  • undang-undang keluarga.
  • permasalahan ibadah.
  • Jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu.
  • undang-undang Muamalah islam.
  • mengandungi 44 fasal.

Terdapat empat peruntukan yang menyentuh hukum syarak dalam hukum kanun melaka.

Undang-undang perkhawinan islam

Dalam fasal 25 tentang wali boleh bertindak penjaga kepada seorang wanita yang hendak dikhawinkan atau berkhawin.
Dalam fasal 25.2 peruntukan ijab dan kabul serta kesalahan sesuatu akad  nikah akibat daripada keadaan wali sama ada wali tersebut adil atau pun fasiq.
Fasal 26 pula mengenai saksi dalam perkhawinan,bilangannya,syarat untuk membolehkan seseorang itu menjadi saksi.
Fasal 28 mengenai peruntukan talak dan idah wanita yang diceraikan.

undang-undang Muamalah islam

muamalah merupakan hukum-hukum islam dalam bab berjual beli atau urus niaga.
dalam fasal 30 menyentuh tentang pengharaman perniagaan secara riba.manakala fasal 31 tentang peraturan dan syarat dalam penjualan tanah dan kebun.


Undang-undang islam dalam jenayah


hukuman islam iaitu yang membawa kepada hukuman hudud,qisas dan takzir.
fasal 36 peraturan islam tentang hukuman ke atas orang yang melakukan jenayah murtad.
fasal 39 tentang jenayah pembunuhan,turut dinyatakan jenis pembunuhan dan hukuman ke atas pembunuh.
Dalam Fasal 40 pula menyentuh tentang kesalahan zina,dan hukuman bagi melakukan zina ialah hukum direjam dengan batu sampai mati bagi zina muhsan dan disebat seratus kali seterusnya dibuang negeri bagi yang bukan zina muhsan.
dalam fasaal 41 tentang kesalahan membuat tuduhan palsu atau qazaf. mereka yang didapati bersalah akan di hukum 80 kali sebat bagi yang merdeka dan 40 kali bagi golongan hamba.
Dalam fasal 42 tentang kesalahan tentang minum arak dengan hukuman 40 kali sebatan untuk pesalah manakala hamba adalah 20 kali sebatan.


posted by;salne jason (07DPM14F1002)

No comments:

Post a Comment