Thursday 18 September 2014

Hukum kanun melaka dan undang undang malaysia.


PENDAHULUAN.
1. Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak bertulis.
2. Undang-undang bertulis yang diamalkan di negeri-negeri Melayu berasaskan Hukum Kanun Melaka tetapi menggunakan nama yang berbeza-beza di setiap negeri.
3. Contoh Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah, manakala Undang-undang Laut dan Undang-undang 99 Perak tidak dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.

 Undang-undang Melaka.
Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Darat / Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah.
Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana – memudahkan pentadbiran. Ini termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa istana, pakaian kuning dan sebagainya.
Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contohnya ialah hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah sultan dan membunuh tanpa kebenaran sultan dan untuk menjamin keamanan Melaka.
Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan, Temenggung menangkap pesalah dan mendirikan penjara.
Menjadikan hukum syarak sebagai panduan – semua bentuk peraturan berdasarkan ajaran Islam selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang utama di nusantara.
Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil ialah menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba.
Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yang berpangkat tinggi daripada pelakunya.Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

Undang-undang Laut Melaka
a. Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
b. Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.

Sejarah hukum kanun melaka
Hukum Kanun Melaka merupakan hukum Islam pertama yang telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah untuk digunakan di negeri Melaka. Ia adalah karya penting yang memaparkan sejarah undang-undang di Melaka yang menjadi amalan masyarakat Melayu pada zaman pemerintahan baginda. Penekanan diberikan dari segi hukum-hakam dan perundangan berhubung undang-undang perkahwinan, jual beli dan prosedur-prosedur berkaitan perkara ini juga dimuatkan bagi memperlihatkan Hukum Kanun Melaka ini adalah undang-undang Islam. Judul asal naskhah ini ialah Risalah Hukum Kanun iaitu Undang-undang. Selain merupakan karya yang tertua dan pertama dalam genrenya, kepentingan Hukum Kanun Melaka terletak pada kedudukannya yang menjadi dasar utama kepada kewujudan karya undang-undang negeri lain.

Aplikasi hukum kanun melaka dan undang undang malaysia.
Pada kurun 15, Islam telah bertapak di Melaka. Undang-Undang Islam mula digunakan apabila pembesar dan raja-raja memeluk agama Islam. Risalah Hukum Kanun, Undang-undang Melaka dan Undang-undang Pahang adalah undang-undang Islam yang telah wujud ketika itu. "Sebelum kedatangan British undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Malaysia."Undang-Undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan & undang-undang negara".  Kejatuhan Melaka pada 1511, Portugis dan kemudiannya Belanda telah menjajah Melaka, Walaubagaimanapun kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak terjejas. Mulai 1786, kedatangan Inggeris mengambil Pulau Pinang dan Kedah menjadi titik mula usaha pengenepian Undang-undang Islam. Mereka menganggap Pulau Pinang ketika itu tidak mmepunyai sebarang sistem perundangan (Undang-undang) dan mendakwa undang-undang Islam yang diamalkan adalah zalim.(Dakwaan mereka palsu kerana ketika itu Tanah Melayu telah mempunyai Undang-undang Islam yang bertulis).

Pada 1880 Inggeris mula memenuhi kehendak rakyat Tanah Melayu dengan akhirnya bersetuju menggubal Ordinan Perkahwinan Mohammedan No. 5 Tahun 1880. (kahwin & cerai umat Islam). Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama. Sejak Tahun 1952 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Selangor No. 3 Tahun 1952 dilulus dan dikuatkuasakan. Ia merupakan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam yang pertama, terlengkap ketika itu yang mengatur pentadbiran perundangan Islam. Kuatkuasa undang-undang itu adalah Khas untuk umat Islam dan terhad kepada bidang munakahat, waris kesalahan matrimoni dan kesalahan takzir sahaja. Kemudiannya langkah negeri Selangor itu oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat.

Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong.

Kesan hukum kanun melaka(Pengaruh islam)
 Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.
Hukum Qisas Dinyatakan sesiapa yang mengambil nyawa (membunuh) orang akan dibalas bunuh.Orang Islam yg membunuh orng kafir tak dikenakan qisas. Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yg sama dan setimpal. Hala ini selari dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat  Fasal 17 HKM menyatakan pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda) Hal ini selari dengan mazhab Shafiee.Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan zina,Qazaf,Mencuri, Minum arak dan Murtad. Sbgai cth kesalahan zina akan direjam sampi mati bagi yg tlh berkahwin dan disebat 100 x bagi yg belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah anNur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80x sebatan.Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40x sebatan. Hukum Ta’zir bagi kesalahan yg tidak dikenakan hudud dan qisas sprit mencuri tak cukup nisab akan dikenakan ta’zir. Contoh akan diminta pulang smula barang yg dicuri atau digantung dileher dan di arak keliling kampong sebagai pengjaran.

Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperit mesti Islam, adil, pengampun,pemurah dan sebagainya. Disini dinyatakan juga hakim/ kadi dilarang menerima hadiah.
Penglibatan Ulamak dlm soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun pengaruh Islam amat ketara dalam hukum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam seperti perkara di bawah.

Undang-undang yg Tidak Selari Dengan Islam :
Sultan berada di atas undang-undang  ( Konsep Devaraja)
Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya  Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri.Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh  Sultan Mahmud telah berzina dengan isteri orang.Tidak amalkan persamaan taraf,  ini kerana ada larangan memakai warna kuning, bina rumah.Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan zalim.Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka yang mempunyai Islam dan selebihnya pengaruh daripada Adat Temenggung.

*LAUVIA DIDIT *07DPM14F1046

No comments:

Post a Comment