Thursday 18 September 2014

Kepentingan Hukum Kanun Melaka sebagai panduan yang lengkap dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu melaka

Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka dan Risalat Hukum Kanun(dalam bahasa Arab). ia juga merupakan dokumen yang digubal sebagai panduan bagi seseorang pemerintah dalam menjalankan pemerinthan.
Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang tradisional tertua di negara ini. Ia berasal daripada hukum yang dibuat oleh Raja Iskandar Dzulkarnain dan kemudiannya diwarisi pemerintah Melaka pada abad ke-15. Undang-undang ini sungguh penting kerana menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

1. Mewujudkan Keamanan dan Kesejahteraan
Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan  keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta menjamin keselamatan rakyat.

2. Sebagai Sumber Rujukan.
Hukum Kanun Melaka penting sebagai sumber rujukan bagi menentukan hukuman bagi kesalahan tertentu. tidak akan berlaku fenomena 'main hakim sendiri' dalam kalangan masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah memaktubkan semua peruntukan yang berkenaan .
selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi perbuatan membunuh, dan menikam orang, menetak dan memukul , merampas dan mencuri, tidak menurut perintah Raja dan menderhaka serta tuduh-menuduh.

3.Meningkatkan Mutu dan Produktiviti
pentingnya Hukum Kanun Melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan pembahagian tugas, peranan serta struktur pemerintahan. dalam undang-undang tersebut , terkandung satu adat yang digelar  Adat Lembaga yang di dalamnya mengkanunkan satu sistem pentadbiran dan pemerintahan yan teratur. Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja dan larangannya, perihal peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari ,dan syahbandar dalam membantu raja.

PREPARED BY :JOANA ANGEL MARUBIN

No comments:

Post a Comment